Followers

Tuesday 16 August 2011

anda ISLAM??? anda patut BACA!!!

assalamualaikum dan salam ramadhan...

indahnya bulan ramadhan jika d serikan dgn amal yg berganda
dan keinsafan yg menggunung.
tp sedihnya bila kesucian bulan mulia ini
dicemari dgn kisah menggemparkan
berkaitan ramainya bilangan umat Islam yg telah murtad
dek akibat kesempitan hidup duniawi.

kebanyakan kisah2 yg aku baca kat paper
semua menjadikan alasan kemiskinan sbgai penyebab mereka murtad.
tambah menyedihkan
bila pihak Kristian mengambil kesempatan
dek kelalaian kita dalam mmbantu sesama saudara seagama
mengakibatkan ramai dari kalangan kita yg terpesong akidahnya.

terserlah beberapa iktibar melalui peristiwa ini iaitu

pertama, pentingnya pembayaran zakat.
Allah mewajibkan kita bayar zakat
supaya wang 2 dpt d salurkan kpd yg memerlukan
utk elakkan umat Islam terpesong akidahnya
akibat masalah kemiskinan.

kedua,
umat Islam perlu sedar
yg Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya...
oleh itu, jgn la kerana ujian yg Allah berikan
dgn mudahnya kita menukar akidah kita kpd agama lain..
kemiskinan di dunia adalah besifat sementara.
jgn jadikan alasan utk kita murtad gara2 dibelenggu kemiskinan..

oleh itu,
tunaikan lah zakat
kerana sesungguhnya kita dpt membantu dlm memperjuangkan agama Islam.
di samping itu,
kukuhkan lah akidah kerana sesungguhnya akidah yg kukuh
menjadi benteng daripada berlakunya murtad.

lagi 1,
wahai cik akk, cik abg oii,,,,
ada plak yg sebok2 nak berbuka kat gereja 2 apa pasal...
kot ye pun nak jimat,
gi kat masjid la,,
berlambak makanan free kat sana.
boleh dpt pahala plak 2 buka kat masjid.
x yah la ngengada nak mkn kat tmpat2 yg ntah halal ntah x.
adoiiii... masalah!!!

aku terpanggil utk berkongsi kata2 seorang ustaz d dlm ceramahnya.
bulan ramadhan umpama sebuah madrasah
di mana kita adalah pelajarnya
yg sedang dlm pengajian selama sebulan.
usai sebulan,
kita meupakan graduan2 madrasah ramadhan
yg penuh ilmu d dada
di mana segala ilmu yg d pelajari
(melalui ibadah2 mengaji, solat sunat, dan sbgainya)
dapat diamalkan sepanjang tahun...

renung2kan lah.....


Wednesday 3 August 2011

kEkErasAn bUKan JaLanNya....

assalamualaikum dan salam ramadan buat semua...
harap2nya ramadan kali ni membawa seribu keberkatan buat seluruh umat Islam di dunia.
insya Allah...
baru2 ni aku ada terbaca (kat paper) dan terdengar (berita kat tv)
berkaitan kes budak2 sekola kena dera masa menyertai kem motivasi. 
sumber2 ada menyatakan yg budak2 ni degil2 sebenarnya
sebab 2 diperlakukan mcm 2.
betul ke tidak, x tau la aku kebenarannya.
tp....
pada pendapat u all semua, adakah wajar tindakan pihak terbabit???

menurut pendapat individu aku, tindakan ni TIDAK WAJAR sama sekali!!!
kalau la budak2 tu yg aku lebih selesa intilahkan sebagai NAKAL.
x sewajarnya mereka diperlakukan mcm 2.
zaman kekerasan dlm mendidik sahsiah remaja dah berlalu..
kekerasan bukan cara terbaik.
malah aku rasa, remaja akan tambah memberontak dgn diperlakukan sebegitu rupa.

aku bergaul dengan semua lapisan masyarakat.
dan aku gemar memerhati dan menilai sifat seseorang individu itu.
aku pernah berkawan dgn golongan terpelajar, yg baik pekerti,
yang gila2, mat rempit, kaki ponteng, gangster sekolah, malah pengedar pun ada. 
sepanjang penilaian aku, pendekatan utk mendidik mereka sgt berbeza.

aku bercakap di sini dari skop remaja (bukan golongan dewasa bermasalah)
remaja ni masih boleh dibentuk meskipun nakal nye yang amat.
kalau diselidiki, kebanyakan mereka yg bermasalah ni cuma nakkan perhatian...
kalau u all perasan, mereka lagi suke dgr cakap kwn2 diorang
even diorang tau yg kwn2 diorang bukan betul sgt.
tp kenapa diorang still ikut???
sebab... cuma kwn2 diorang je yg hargai diorang,
sedar yg diorang wujud dlm masyarakat,
sdar yg diorang juga punya perasaan mcm org lain...
mereka nak dihargai....
cuma nakkan sedikit perhatian...


kenapa budak2 suka ponteng??
mcm sekolah 2 neraka buat diorang.
mana x nya, dtg sekolah, ngadap cikgu yg asik membebel,
semua yg diorang buat nmpak salah memanjang..
kalau pun ada yg x berapa menyerlah dlm akademik,
bukan bermaksud yg mereka x berguna langsung....
dlm hal ni, cikgu dan ibu bapa sgt2 memainkan peranan.
ibu bapa jgn la asik merendahkan anak2 mereka
jgn compare2 kelemahan mereka ngan adik beradik lain

cikgu pulak kena banyak bersabar...
memang beban tanggungjawab seorang guru sgt berat
tekanan dtg dri pelbagai sudut,
tp tugas mendidik perlu dilakukan sebaik mungkin.
bukan susah utk berikan mereka golongan nakal ni pujian 
buat mereka rasa dihargai.
cuba utk kenalpasti kelebihan setiap individu bermasalah ni
supaya bakat mereka dpt ditonjolkan dan mereka tahu potensi diri mereka.

di peringkat kerajaan pusat pulak,
bnyk lagi tindakan perlu d buat utk kekang masalh remaja.
masalah x kan selesai kalau yg asik dok bincangkan tindakan yg perlu d buat
terdiri drpd golongan atasan yg berpendidkan tinggi semata2
jalan fikiran mereka berbeza...
apa salahnya suara golongan bermasalah ini didengar
dptkan kaedah terbaik utk basmi masalah yg timbul.

era pendidikan kekejaman dah berlalu...
boleh kenakan kekerasan, tp kena pada tempatnya
jgn sesekali mengaibkan si pesalah
dan jgn sekali2 buat si pesalah rasa tersisih.
kalau mereka jadi baik kerana terpaksa, sgt sush utk diorang kekalkan
tp kalau diorang jadi baik sebab ada kesedaran dan ikhlas
mereka sendiri x punya bebanan utk teruskan.