Followers

Thursday 22 December 2011

Ombak-oMBak...

assalamualaikum semua 
and salah sejahtera...

hari ni result PMR dah keluar.
so.. 
pada yg dapat keputusan cemerlang 2
TAHNIAH3!!! yea!!!
tapi yg kurang cemerlang 2..
x mo sedih2...
baru PMR..
ada masa g nak perbaiki diri
SPM t wat lagi baik ok...

bagi u all yg dah kat u plak
mesti dok pening pikir nak exam kan..
al maklum la..
next week da mula study week
klu da study week means dekat nak exam dah
tapi...
aku plak duk tido je kat bilik x reti2 nak study
blom smpai seru...
relex sudah..
huu...

stop talking about education
coz im enough 4 those things.
x mo pening2 kat sini.
i just nak story psal hari selasa baru2 ni
apa jadi selasa lepas??
haaa....
jeng jeng jeng..

actually x de pe pun..
just aku nak cite yg aku berjaya dpt tengok cite Ombak Rindu..
muahahhaa...
3 kali gi panggung x dapat2 tengok
kali ke 4 baru dpt weii....
2 pun thanks 2 my beloved bf coz belikan tiket sehari sebelum tayangan.
ngee..

skrg ni pun kwn2 aku ngah kat mid valley tengok cite 2
setelah 4 kali gagal mendapatkan tiket.
syabas!! huuu

best ke cite 2??
hmmmm....... let me think first..
ok x perlu
sbb mmg best sgt2!!
aku x baca pun novel dia..
tp still enjoy the movie.
touching giler...
bohong la klu x nangis..

u all semua mesti ada tengok citer 2 kan?
yg belum x mo sedih2..
t beli vcd k..
boleh tengok bnyk kali.
huhu

bagi yg dah tengok,
u all rasa apa pengajaran yg korang dpt dari cite 2??
bagi aku, 
pengajaran yg aku dpt,
kalau dah jodoh x ke mana..
ye la, dlm citer 2 izah hadapi bnyk rintangan 
tp at last dapat gak bersama ngan suami tersyg.. 
ahaks!!

bak kata teman yg menonton plak..
pengajaran yg dia dapat..
kalau dah ada org yg syg kita depan mata...
jangan di sisiakan..
uuuu...... lovely 

masing2 ada pendapat tersendiri
bergantung pada penerimaan masing2..
tp yg pasti
cite 2 mmg best
and dah berjaya wat aku rasa happy hari 2
plus bila tengok ngan org yg kita syg..
ngee...
p/s: kalau nak tengok citer sedih lain kali bwk tisu ok...

Thursday 10 November 2011

biLa sEmua bEnda nAk diPoliTikKaN...

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
acecece... ada gaya la.. 
ok,
sebelum merapu panjang, aku nak tekankan di sini
yang aku bukan nak cite pasal politik sgt
dan aku pun x nak sebelah mana2 parti ok.
klu parti ari jadi je aku sokong. 
huuu...

lets get started.
aku tergerak nak sentuh isu ni bukan pe..
kadang2 keadaan da melampau sgt.
ye r...
x kan semua benda nak dipolitikkan..

mesti korang semua x bape nak faham kan??
relex.. chill je..
meh aku terang.

contoh yg sgt2 clear berlaku kat kampung aku sendiri.
sebagai contoh,
masjid kat kampung aku 2 x la besar mana..
ahai... malu2 je aku tengok. (maaf tok imam kg..)
bila solat raya je, mmg x muat 
(al maklum la.. yg x penah jejak masjid pun boleh smpai masjid bila solat sunat raya)
di tambah sesak bila warga2 foreigner kje kilang 2 cuti
so diorang dok sama2 la kasi penuh itu masjid..

so keadaan sgt2 la sesak
smpai terpaksa solat kat luar..
(kesabaran golongan remaja teruji bila da pkai hnsem2 siap bersmping tp kne solat kat kaki 5 masjid.) 
ngee...

bukan x ada usaha nak besarkan masjid.
ada je tanah sebelah masjid 2 yg dah diwakafkan utk tujuan tersebut.
TETAPI!!
keadaan ini terhalang dek kerana isu politik.
dengan alasan bahawa kebanyakan jemaah tetap masjid terdiri daripada parti A,
maka parti B pulak x puas hati 
dan mempengaruhi pihak atasan utk x meluluskannya.
pelik kan??
boleh ke mcm 2??
tapi BELIEVE ME!!
its truly happen!!!

kes lain plak, 
jelas terlihat bila ada umah nak wat majlis kawin
ha....
sekiranya tuan rumah adalah penyokong parti A,
maka balai (khemah tempat utk tetamu kenduri makan)
perlulah menggunakan balai yg dah dikhususkan kpd penyokong A
begitu jugak sebaliknya bila tuan rumah adalah penyokong parti B.
diorang pun ada balai yg lain utk dipinjamkan...

iiiee...
tolong la...
x kan la bnda remeh cam ni pun nak amik pusing...
pakai sesama dah la..
duit beli balai 2 pun aku rasa dtg daripada kerajaan gak.
tp bila smpai kat diorang,
jadi lain plak gayanya.
tapi stakat ni keadaan masih terkawal la
maksdnya, 
para tetamu masih lagi terdiri drpd golongan x kira la parti ape pun
kirenya they all still nak dtg la kat majlis kenduri kawin 2.
klu x....
huh!! parah....

kes masjid td,
sanggup plak kan nak bersesak2
asalkan ego masing2 terjaga.
nak politik lantak la..
tp x yah la smpai effect org nak beribadah kat masjid nun..
u all da besar,
u all fikir la sendiri!!!

p/s: kalau golongan dewasa pun nak bertekak hal remeh temeh, jgn salahkan budak2 yg gaduh bertumbuk dek kerana rebutkan sebiji gula2. sbb korang ngan budak2 sama je. peace!!!

Thursday 3 November 2011

heBatnYa inSan iTu....

assalamualaikum......
pergh!! mak ai... lama gile x update blog ni ha..
last update masa bulan puasa?? 
besok nak raya haji dah la!!
hadoiii..... 
org bz la katakan.. 
ngee...

hope u all semua sihat hendaknya la.
jgn jadi cam aku yang masih pening2 lalat effect siapkan assignment yg super berlambak.
tp skrg ni dah rasa lega sikit,
ok tipu... lega banyak!!! yea!!
sbb asignment yg memeningkan kepala dah berjaya d siapkan dgn jayanya!! 

mana bley tahan klu hari2 asik tido kul 3 je..
duk bertapa kat dewan nun
dari org x de...
smpai orang da mula ramai kat dewan..
pas 2 sampai org da tinggal seketul 2 kat dewan 2.
tambah phsyco bila tengok kwn2 duk balik kampung bwk beg besar2.
kita plak dok la wat assignment mcm org x ingat nak balik.
sedih beb... 

tp kalau d fikir2 balik ngan apa yg aku lalui,
x la seteruk dgn apa yg d lalui jutaan org kat luar sana.
aku ni, sikit2 nak merungut, 
sikit2 nak nangis,
sikit2 nak mengadu,
padahal sekurang2 nya aku ada kwn2, mak ayah, family 
tempat aku mengadu n mintak tolong.
tp org lain yg kat luar sana 2??

aku terpanggil utk mendalami kehidupan seorang akk penjual kuih yg aku knal kat kmpung aku.
aku x de la knal rapat sgt, 
tp akk aku slalu cerita kat aku pasal sorang akk ni.
official job dia ialah jual kuih (as i mention before)
standard place, of course tepi jln kan..
akk aku ni rajin beli kuih dia sbb kuih dia....
pergh!!! super sedap!! tip top!!
my sis selalu cite yg akk jual kuih 2 ceria orgnya,
dan aku selalu membayangkan yg pastinya dia punyai kehidupan yg bahgia.

suatu hari, aku ikut my sis gi umah akk 2
sbb nak anta kelapa yg dia tempah kat kitorang.
mula2 gi umah dia,
aku terpana.
umah dia pada aku mmg kecik.
kecik abis. 
pas 2 aku perhati anak dia semua lelaki.
aku tnya kat akk aku, laki dia mana
then baru aku tau yg dia ibu tunggal.

bayangkan....
dengan hanya menjual kuih tepi jalan,
terpaksa menampung perbelanjaan diri n 4 org anak2 yang kesemuanya masih bersekolah..
seriesly bukan kje yg mudah.
tambah pulak anak2nya semua lelaki.
mgkin anak2 dia rajin tolong2 mak diorang kat rumah,
tp pastinya x setanding kecekapan ank perempuan yang mmg dilahirkan utk buat kerja2 yang memerlukan kesabaran yang tinggi.
(kemas umah, basuh baju, masak semua 2 kerja yg memerlukan kesabaran yg tinggi ok.. kamu2 jgn pandang sebelah mata tau!!) ^^

kalau dia sedih,
rasa x tertampung utk hadapi semua ni,
dia x de husband utk mengadu dan bergantung harap..
kalau mak ayah dia dah x de,
mcm mana..
dia nak mengadu kat siapa..
pastinya dia x kan nak curahkan semua kat anak dia
sbb aku tau..
naluri seorang ibu..
mereka x mau anak2 diaorang tau 
tentang penderitaan dan kesusahan yg diorang alami
sbb bagi si ibu,
dia x mau nak wat anak2 susah hati memikirkan masalah dia.
kesimpulannya,
nak x nak,
dia kena tempuh pahit manis, susah senang sendirian...

tp kagum giler
bila tiap kali org dtg beli kuih,
akk 2 ceria je...
senyum je...
padahal...
x de sapa tau penderitaan dan kesusahan yang dia alami sebenarnya. 

kepada ibu2 tunggal kat luar sana,
anda2 ini mmg golongan yg sangat2 hebat!!!
aku x dpt membayang jika terpaksa berhadapan dgn situasi yg sama.
x semua org punyai kekuatan seperti anda. 
apa yg penting,
hargai diri sendiri 
hargai setiap saat yg ada 
sbb kita x tau apa yg akan jadi for the next few second. 

ok... nak packing
mau balik kampung!!!
yea!!!!

p/s: keep thinking cuti ni aku sedar diri ke x utk wat 6 assignment +
 project paper.. arrgghhh!!!



Tuesday 16 August 2011

anda ISLAM??? anda patut BACA!!!

assalamualaikum dan salam ramadhan...

indahnya bulan ramadhan jika d serikan dgn amal yg berganda
dan keinsafan yg menggunung.
tp sedihnya bila kesucian bulan mulia ini
dicemari dgn kisah menggemparkan
berkaitan ramainya bilangan umat Islam yg telah murtad
dek akibat kesempitan hidup duniawi.

kebanyakan kisah2 yg aku baca kat paper
semua menjadikan alasan kemiskinan sbgai penyebab mereka murtad.
tambah menyedihkan
bila pihak Kristian mengambil kesempatan
dek kelalaian kita dalam mmbantu sesama saudara seagama
mengakibatkan ramai dari kalangan kita yg terpesong akidahnya.

terserlah beberapa iktibar melalui peristiwa ini iaitu

pertama, pentingnya pembayaran zakat.
Allah mewajibkan kita bayar zakat
supaya wang 2 dpt d salurkan kpd yg memerlukan
utk elakkan umat Islam terpesong akidahnya
akibat masalah kemiskinan.

kedua,
umat Islam perlu sedar
yg Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya...
oleh itu, jgn la kerana ujian yg Allah berikan
dgn mudahnya kita menukar akidah kita kpd agama lain..
kemiskinan di dunia adalah besifat sementara.
jgn jadikan alasan utk kita murtad gara2 dibelenggu kemiskinan..

oleh itu,
tunaikan lah zakat
kerana sesungguhnya kita dpt membantu dlm memperjuangkan agama Islam.
di samping itu,
kukuhkan lah akidah kerana sesungguhnya akidah yg kukuh
menjadi benteng daripada berlakunya murtad.

lagi 1,
wahai cik akk, cik abg oii,,,,
ada plak yg sebok2 nak berbuka kat gereja 2 apa pasal...
kot ye pun nak jimat,
gi kat masjid la,,
berlambak makanan free kat sana.
boleh dpt pahala plak 2 buka kat masjid.
x yah la ngengada nak mkn kat tmpat2 yg ntah halal ntah x.
adoiiii... masalah!!!

aku terpanggil utk berkongsi kata2 seorang ustaz d dlm ceramahnya.
bulan ramadhan umpama sebuah madrasah
di mana kita adalah pelajarnya
yg sedang dlm pengajian selama sebulan.
usai sebulan,
kita meupakan graduan2 madrasah ramadhan
yg penuh ilmu d dada
di mana segala ilmu yg d pelajari
(melalui ibadah2 mengaji, solat sunat, dan sbgainya)
dapat diamalkan sepanjang tahun...

renung2kan lah.....


Wednesday 3 August 2011

kEkErasAn bUKan JaLanNya....

assalamualaikum dan salam ramadan buat semua...
harap2nya ramadan kali ni membawa seribu keberkatan buat seluruh umat Islam di dunia.
insya Allah...
baru2 ni aku ada terbaca (kat paper) dan terdengar (berita kat tv)
berkaitan kes budak2 sekola kena dera masa menyertai kem motivasi. 
sumber2 ada menyatakan yg budak2 ni degil2 sebenarnya
sebab 2 diperlakukan mcm 2.
betul ke tidak, x tau la aku kebenarannya.
tp....
pada pendapat u all semua, adakah wajar tindakan pihak terbabit???

menurut pendapat individu aku, tindakan ni TIDAK WAJAR sama sekali!!!
kalau la budak2 tu yg aku lebih selesa intilahkan sebagai NAKAL.
x sewajarnya mereka diperlakukan mcm 2.
zaman kekerasan dlm mendidik sahsiah remaja dah berlalu..
kekerasan bukan cara terbaik.
malah aku rasa, remaja akan tambah memberontak dgn diperlakukan sebegitu rupa.

aku bergaul dengan semua lapisan masyarakat.
dan aku gemar memerhati dan menilai sifat seseorang individu itu.
aku pernah berkawan dgn golongan terpelajar, yg baik pekerti,
yang gila2, mat rempit, kaki ponteng, gangster sekolah, malah pengedar pun ada. 
sepanjang penilaian aku, pendekatan utk mendidik mereka sgt berbeza.

aku bercakap di sini dari skop remaja (bukan golongan dewasa bermasalah)
remaja ni masih boleh dibentuk meskipun nakal nye yang amat.
kalau diselidiki, kebanyakan mereka yg bermasalah ni cuma nakkan perhatian...
kalau u all perasan, mereka lagi suke dgr cakap kwn2 diorang
even diorang tau yg kwn2 diorang bukan betul sgt.
tp kenapa diorang still ikut???
sebab... cuma kwn2 diorang je yg hargai diorang,
sedar yg diorang wujud dlm masyarakat,
sdar yg diorang juga punya perasaan mcm org lain...
mereka nak dihargai....
cuma nakkan sedikit perhatian...


kenapa budak2 suka ponteng??
mcm sekolah 2 neraka buat diorang.
mana x nya, dtg sekolah, ngadap cikgu yg asik membebel,
semua yg diorang buat nmpak salah memanjang..
kalau pun ada yg x berapa menyerlah dlm akademik,
bukan bermaksud yg mereka x berguna langsung....
dlm hal ni, cikgu dan ibu bapa sgt2 memainkan peranan.
ibu bapa jgn la asik merendahkan anak2 mereka
jgn compare2 kelemahan mereka ngan adik beradik lain

cikgu pulak kena banyak bersabar...
memang beban tanggungjawab seorang guru sgt berat
tekanan dtg dri pelbagai sudut,
tp tugas mendidik perlu dilakukan sebaik mungkin.
bukan susah utk berikan mereka golongan nakal ni pujian 
buat mereka rasa dihargai.
cuba utk kenalpasti kelebihan setiap individu bermasalah ni
supaya bakat mereka dpt ditonjolkan dan mereka tahu potensi diri mereka.

di peringkat kerajaan pusat pulak,
bnyk lagi tindakan perlu d buat utk kekang masalh remaja.
masalah x kan selesai kalau yg asik dok bincangkan tindakan yg perlu d buat
terdiri drpd golongan atasan yg berpendidkan tinggi semata2
jalan fikiran mereka berbeza...
apa salahnya suara golongan bermasalah ini didengar
dptkan kaedah terbaik utk basmi masalah yg timbul.

era pendidikan kekejaman dah berlalu...
boleh kenakan kekerasan, tp kena pada tempatnya
jgn sesekali mengaibkan si pesalah
dan jgn sekali2 buat si pesalah rasa tersisih.
kalau mereka jadi baik kerana terpaksa, sgt sush utk diorang kekalkan
tp kalau diorang jadi baik sebab ada kesedaran dan ikhlas
mereka sendiri x punya bebanan utk teruskan.

Sunday 31 July 2011

riNDunYa paDa KaLian......

assalamualaikum.....

dah seminggu aku abis practicle...
kalau before this, bangun pagi2, cepat2 siap coz nak gi kje..
tp skrg wake up early, just wat kje2 umah je..
best dpt duk umah,
but at the same time, i'm miss all my friends yg kat opis... ='(
miss them a lot.......

di kesempatan ni, aku nak wish terima ksih sgt2
kat semua kakitangan MPK coz da terima aku kat sana..
thanks a lot pd en.redza, en.azam, kak faizah, abg luthfi, uncle mohan, kak mala,
abg nasir, en.zainal, dan en.mahat
thanks a lot pada abg helmi yg selalu jdi member sembang n kongsi minat yg sama (kami penggemar novel harry potter), pd abg nasir yg jdi kawan pertama kat sana n selalu wat sy gelak..(sorry abg nasir coz x sempat nak blanja makan) khairul yg rajin datang sembang2  n bagi nasihat yg berguna dan kak ina yg selalu akan bagi tau majlis mana yg patut aku dtg coz ada makan2 free... hehehe

thanks pd ratna gak yg banyak sgt bantu aku sepanjang practicle..thanks  pada fatin yg selalu teman aku jln2 kat kluang mall... hehehe
jalan2 tanpa arah tuju kat sana,
sampai aku dah hafal semua kedudukan kedai kat sana. ngee....
thanks gak pd syikin yg selalu sama2 gi libry...
selalu pinjam buku sama2
sampai aku boleh abis novel harry potter dari novel 1 sampai 7. yea!!!



lepas ni, mesti da jarang nak jejakkan kaki kat MPK....
semua 2 akan jadi kenangan yg indah,
yg akan aku simpan dalam ingatan buat selamanya....

Saturday 9 July 2011

hE bOrN 2 Be sOmEbOdY....

assalamualaikum.. dan hallu.. hallu.. hallu... 
u all semua sihat x??? 
acecece... mcm artis plak..
hehehe
ops!!! bila ckp pasal artis...
topik aku pd kali ini ialah tentang....


haa......
aku rasa kalau aku x sebut nama dia pun,
korang mesti tau gak kan....
tapi kalau korang mmg 
saje2 wat2 x tau...
ok fine...
aku jerit kuat2 kat sini ae..
sebab aku da biasa jerit2 nama dia..
hahaha (kantoi sudah)
dialah....
JUSTIN BIEBER!!!


AARRGGGHHH!!!!!!
suke sangat....
hehehe
ok!!! stop!!!
aku kena kawal diri sikit..
by the way...
kalau ada yang annoying baca post kali ni...
korang bley la baca2 post2 aku yg sebelumnya ye..
sesungguhnya aku mmg x paksa korang baca
post aku yg kali ni.
sbb aku tau, juta2 org yg suke kat Justin,
ada gak juta2 org lain yg x suke..
so... pada yg x suke 2
lantak korang la ye..
huahuahua...

pada aku, moment tengok movie yg paling best
ialah masa aku tengok citer Never say Never!!!
wow!!! 10 bintang!!!
i'm crying watching the movie....
sbb bila tengok movie 3D
rasa mcm dia ada kat depan mata!!
OMG!!!
dan saat yg paling sedih 
masa part dia nyanyi lagu Down 2 Earth..
sbb lagu 2 mcm da penutup je citer 2...
x sanggup nak bia citer 2 habis masa 2...


rasanya,
kalau korang yg minat kat Justin sama cam aku,
mesti tau apa yang aku rasa kan...
tambah best bila kawan yg sama2 tengok movie 2,
yg pda awalnya x suke kat justin,
tp lepas je tengok movie 2,
dia asik citer pasal justin je...
hehehe....
i like!!!

untuk u all yang da tengok movie NSN,
jom kita imbas kembali antara lagu2 yg justin da nyanyi kat konsert yg diadakan di Madison Square Garden
walaupun aku tau,
confirm2 korang da ada simpan banyak koleksi n stok2 videoclip,
n maybe DVD justin,
tp korang mesti x bosan utk tengok lagi kan...
hehehe (aku tau sbb aku slalu buat)
ok stop membebel, 
jom layan...


tapi kan...
aku terkilan giler la...
sbb x dpt dtg kat konsert dia kat KL..
sbb time 2 aku ngah study week!!
benci giler!!!!
masa justin ngah perform, 
aku ngah dok mengadap buku2 n note2 makro yg bertimbun...
adeii... apa barang...
nasib baik layan radio hitz.fm yang dari siang sampai malam
duk main lagu justin bieber non-stop
kira pengubat duka lara aku la...
fuh!!! cayalah hitz!!

ala....
mungkin ada org akan kata, 
"hek eleh.... dia 2 budak2 je kot..."
"lagu dia bukan best sgt..."
bla..bla..bla..
panggil la dia ngan nama apa skalipun...
aku x kisah
sbb lpas aku tengok movie NSN,
aku sedar yang
i'm not alone!!!
ramai giler org yg sama ngan aku..
buktinya...
korang tengok la clip video ni..
tengok pada crowd yg dtg
seriously dasyat giler ramainya!!

dari movie ni,
bnyak yg aku blaja...
tentang impian.. cita2...
dan usaha yg x pernah padam.
JANGAN kata TIDAK selagi kita x usaha semaksimanya.
jgn kata mustahil pd bnda yg kita x pernah lagi cuma.

hmm...
kat tempat keje plak,
ari2 aku dgar lagu justin,
sbb..
bos aku, En.Azam pun minat kat justin
hari2 pasang lagu dia
dia ada gak kata nak wat mcm rambut justin
hehehe
1 hari 2,
dgn bangga dia kata
"yo!yo!yo!, gua skarang peminat justin bieber ok.."
hehehe, suke giler aku dengar statement dia.

so.... 
kesimpulannya,,,
semua org ada hak utk pilih artis mana yg dia suke
termasuk la aku...
kalau ni bley wat aku happy,
pe salahnya kan
bila aku sedih, aku akan layan lagu Justin lebih banyak dari biasa
(kalau korang nak tau la... ngee..)
aku x kacau org lain
so, x yah la susah2 kacau aku ye..
wat penat je la...
aku happy bila dgar lagu justin bieber
n i'm proud 2 be his fans!!!
pada sape2 yg x stuju...
2 lantak korang la!!

hahahahahaha!!!!
bye!!!
p/s : Justin Bieber, he born to be somebody... =)
 




Saturday 11 June 2011

inDahNya sEmua iTu...

assalamualaikum wbt....

thanks a lot sbb sudi singgah sini jap k...
its means a lot 4 me.. 
hope u guys sihat2 hendaknya ye....

err...
korang penah rasa x d timpa musibah yg sgt2 berat??
kadang2 rasa mcm x tertampung...
rasa terbeban sangat2....

mesti ada kan???
hmmm... aku pun x pernah terlepas dari semua dugaan hidup ni..
kadang2, kita rasa mcm putus asa sgt2...
rasa mcm da terjatuh, dan x mampu nak bangun lagi.
seakan2 x ada kekuatan nak teruskan hidup,
walaupun hakikatnya, masih panjang laluan yang perlu d rentasi.

dlm keadaan macam ni,
biasanya aku memilih untuk menangis.
menangis semahu dan sepuasnya
sbb pada aku, menangis merupakan terapi yg baik utk aku.
dan aku rasa, kalau korang rasa tertekan,
x perlu segan2 utk menangis, 
sbb sekurang2nya rasa beban yang ada 2 terasa berkurangan sikit.
(bergantung pd setiap individu)

tp menangis mmg x kan selesaikan apa2 masalah pun, 
sekadar memberi kelegaan wat sementara.
yg paling penting, kita kena redha pada apa yg dah jadi.
dan terima segala musibah sebagai suatu ujian dari Allah....

dan...
suatu hal yang korang perlu tau...
setiap sesuatu yg jadi 2 pasti ada hikmahnya.
percayalah,
sbb setiap kali aku d timpa musibah yg terasa berat utk aku hadapi,
aku x pernah lupa utk ingatkan diri aku sendiri
yang semua kejadian itu pasti ada hikmahnya
dan aku x pernah berhenti utk menantikan hikmah d sebalik semua ini
dan ternyata, 
aku x pernah kecewa bila menikmati hikmah yg dtg...
ianya sgt indah...
lebih indah drpd yg pernah aku bayangkan..
dan tiap kali itu juga pasti akan terdetik kat hati aku,
yg Allah itu telah takdirkan jalan yg lebih baik dlm hidup aku
dgn caraNya yang tersendiri
yg hambaNya x pernah tahu....



jumaat lepas aku sempat menonton program Imam Muda.
dan tugasan mereka kali ni 
adalah mmberi motivasi kpd gol. yg d hukum gantung sampai mati.
bayangkan jika anda berada dlm situasi si pesalah,
mesti rasa hidup dah x bermakna kan???
yg ada dlm benak mereka cuma satu...
mereka cuma mahukan kebebasan
kebebasan yg mereka x miliki
tapi kita ada!!!
ya!! ANDA ada!!!


jadi, 
bersyukurlah...
kerana d sebalik keperitan masalah hidup yang korang hadapi,
masih ada org lain yg hidupnya lebih teruk dari yg pernah korang bayangkan.

oleh itu...
pandang ke hadapan,
dan teruskan melangkah.
sebab korang x kan pernah tahu 
keindahan apa yg ada d depan sana
kalau korang x teruskan berjalan.
p/s : jgn lupa utk senyum, kerana senyuman anda mungkin menjadi penawar kepada insan lain...

Tuesday 31 May 2011

aDa aPa paDa sEkEliLing...

assalamualaikum wbt...
hari ni terasa nak mengarang la plak ye..
walau pun da mlm buta.
hehehe

ok, x nak berkias sgt la....
u guys mesti ada impian kan?? n pastinya semuanya indah2 belaka..
kadang2 yang x tercapai dek akal pun ada. 
bak kata org, bajet nak perfect2 je la..
nak umah besar siap ngan kolam renang..
nak kereta mahal2 (import semestinya) smbil memandang sepi kereta tempatan..
(actually aku punsama gak.. huu)

tp jgn kita pernah lupa, 
kalau umah yg sedia ada da cukup selesa,
dan kereta yg kita ada skarang ni masih x abis bayar..
wat pe nak sebok2 tambah hutang beli bnda yang rasanya masih boleh pakai g kan..

mcm 2 gak ngan jodoh.
kalau ckp pasal jodoh, mula la tersenyum2..
masing2 mesti bayangkan ciri2 yg korang nak kan...
tp.. cube korang luangkan masa sekejap
n try pandang sekeliling. 
kadang2...
kita terlalu membayangkan sesuatu yg terlalu sempurna sampai x hiraukan pun org yg ada kat sebelah2 kita..

sama ada kita sedar atau x..
mungkin ada insan yg stia menanti n menyayangi kita dlm diam.
ada jugak yg mmg dah tau, tp wat2 x tau
dgn harapan ada org yg lebih baik akan dtg dalam hidup kita.

tp... cuba bayangkan kalau org yg sayangi kita 2 perlahan2 menjauh dari kita
tambah menyedihkan bila dia dah pun bertemu dgn pasangannya.
pergh... waktu 2 baru kita tau betapa penting dan berharganya si dia dlm hidup kita.
x de lagi dah soalan2 x relevant + usikan2 nakal... x de dah...

time 2 dah terlambat la utk kita sedar 
yg sebenarnya kita sgt2 memerlukan dia dlm hidup kita. 
dan bila dah merasa apa itu kehilangan, baru la tau mcm mana nak menghargai..
lepas 2 mula la keluar statement
"kalaulah...."
duk termenung sorang2...
muka plak mcm org x mandi pagi..
yg x bley bla, siap nak bunuh diri g!! melampau r 2..
aku pernah rasa beb... sakit der..
(tapi x la teruk mcm ayat2 yg kat atas 2.. huu)

x kisah la korang wat mcm mana pun, 
hakikatnya, korang memang dah terlambat...
x kan nak kacau kebahagiaan org lain plak kan??
itu lagi la teruk!!

so.. the moral of the story...
pandang kat sekeliling...
dan buka mata hati anda luas2..
wat pe cari yg jauh2,
kalau yang dekat dah cukup utk buat korang gembira..
jangan cari yg sempurna, kerana diri kita pun x sempurna mana..

bagi yg diminati:
cuba belajar utk menyayangi org yang menyayangi kita
aku x paksa, tp u all patut pertimbangkan

bagi yang meminati:
belajarlah utk luahkan isi hati korang. 
x salah kalau mencuba..
sekurang2nya korang puas hati kan..



tapi walau mcm mana pun... 
kejar cinta Ilahi dulu..
sebab yang pastinya..
cinta Ilahi itu hakiki.. 
dan korang pasti x kan kecewa.. (^_^)


Tuesday 24 May 2011

kaTaKan TiDak kEpaDa aSiD!!!

assalamualaikum wbt....

 hye all bloggers...
hope all of u sihat2 hendaknya ye...
hmmm.... beberapa hari lepas aku ada la masa terluang nak baca paper kan...
dan aku rasa terpanggil nak story pasal 1 kes ni. (acecece..)
hal ni berkaitan kes simbahan asid oleh penunggang motosikal kat sekitar KL n Selangor
setakat ni dah 23 kes dicatatkan di kawasan berkenaan 
dan disyaki dilakukan oleh pelaku yg sama.



jujur...
aku takut sangat2 bila baca pasal kes ni.
nasib baik la time ni da mula cuti semester,
4 bulan lamanya aku cuti
so, terhindar la aku kat area KL 2..
hope dlm masa terdekat ni,
kes 2 dapat d selesaikan.
al maklum la.. sasaran si pelaku adalah golongan WANITA.
adeeii.. series seram beb...

kalau u all ada baca entry aku sebelum ni,
mesti u all tau kan yang muka aku baru2 ni terkena percikan minyak panas kat pipi.
Ya Allah...
itu baru sikit...
n bersifat sementara.
2 pun aku rasa nak nangis sgt2..
gi practicle pun down je... x de mood langsung..

ini kan pulak bagi mangsa2 simbahan asid 2..
aku x sure mangsa 2 d simbah asid kat bahgian mana.
tapi cuba bayangkan kalau terkena bahagian muka terutamanya???
jujur... kalau aku la yg d timpa musibah 2
aku memang x kuat nak hadapi dugaan 2
yang aku rasa mmg dugaan yang maha hebat bagi aku.

tapi Allah x kan beri dugaan kpd hambanya melebihi kemampuannya..
maka, ini bererti mangsa2 ni mampu untuk hadapinya.

kepada SI MANGSA,
anda adalah insan yang kuat dan tabah.
harap anda terima musibah ini dgn redha...
mmg x mudah...
tapi bagi aku, setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya...
sabar ye sayang...
anda2 adalah wanita yang x mudah menyerah!!!

kepada SI PELAKU,
kalau la dia ada terbaca entry ni.. (hahaha.. mmg x la kan..)
ne la tau dia pun bloggers gak kan.. spe tau...
TOLONG la...
awak HENTIKAN la semua ni..


kalau pun awak ada sejarah hitam dgn golongan wanita,
bukan ini caranya...
kalau semua wanita awak lakukan hal yg sama pun..
kisah silam awk x kan luput dalam minda awak..
yang dah jadi tetap dah terjadi..
ambil pedoman dan bukan balas dendam pada yg x bersalah..

pada sesapa yg nak wat sesuatu tindakan lepas ni
x kira la besar or kecik..
FIKIR DULU!!!


apa PERASAAN ANDA bila org lakukan hal yg sama terhadap anda.
kalau rasa nak marah, sedih, geram, or rasa nak maki,
percayalah,
org lain pun punya PERASAAN YANG SAMA 
bila anda lakukan hal tersebut kepada mereka.
renung2 kan....


Saturday 21 May 2011

kErja oH kErja.....

assalamualaikum...... 

hari ni aku nak citer pengalaman minggu pertama aku kerja... ngeh3...

actually bukan kerja la.. tapi wat aktiviti sukarelawan. sbb... aku wat praticle..
practical plak kat pjabat kerajaan.. so ne ada gaji kan..
kira wat aktiviti sukarela la 2.. ngee...

1st day mendaftar, ada 10 org semuanya budak practicle termasukla aku...
aku dpt department kewangan ngan sorang lagi budak Chinese
pas 2 da selesai lapor diri kitorang d bawa jalan2 pusing kawasan 2...
opss! lupa nak inform,
aku practicle kat 
Majlis Perbandaran Kluang..
yeah... maka bermulalah aktiviti aku sebagai pekerja opis...
ngeee...

alhamdulillah kat sana mmg best!!!
kul 7.59 biasanya ada bacaan doa.
doa sebelum memulakan kerja, 
mudah2an sgala urusan berjalan lancar..
kalau ari jumaat plak ada bacaan Yassin beramai2.
time 2 semua department akan turun kat bilik meeting
n baca yassin secara beramai2...
mmg rasa unite la time 2, coz time 2 kita akan jumpe semua org n hubungan diorang sgt2 rapat.
boleh d katakan semua org kat sana tau nama setiap staf
even diorang lain department
the best part bila waktu punch card pagi2
aku perhatikan semua org akan salam antara satu sama lain,
tanya khabar n say morning x kira la atasan or cleaner skali pun.
secara jujurnya, aku mmg terharu giler la tengok ukhwah diorang
cayalah!!! u all mmg terbaik!!! hehe


tmbah best bila aku dpt akk2 n abg2 staf sana yg best2 semuanya.
atasan aku pun sporting je..
en reza, en mahad, en zainal n en fauzan atasan aku.
tiap kali lalu meja aku, mesti diorang akan tegur..
da mkn?? x balik umah time lunch ni?? sihat?? 
n mcm2 soalan lain la..
mmg caring abis la... 
kalau bagi kje pun, bila aku x tau nak wat, diorang x prnah marah pun..
ngee... best2!! 
kak sue, kak nor, kak long, abg nasir n khirul pun best gak coz diorang selalu lepak sama2 ngan aku
duk menyembang n bagi nasihat mcm2 kat aku
so x la aku bosan sgt..

tapi seriesly... 
yg buat spoil gile adalah keadaan muka aku
nak tau .. shari sebelum aku mula practicle..
muka aku kene minyak panas gara2 goreng jemput2 (cekodok) ikan bilis..

AAARRGGGHH!!!!!
so, masa 1st day 2 rasa confident level 2 x ada sgt2
tunduk je muka 2...
mak aku kata, muka aku da mcm samseng...
kejamnya statement...

hope naik kje next week,
muka aku da ok sikit..
hopefully...
doakan moga muka aku kembali pulih seperti sedia kala k...


Thursday 28 April 2011

gEgAr F1!!!!

assalamualaikum wbt.....

even aku sedang dlm minggu exam, sempat gak la aku nak buat post baru untuk blog ni.. 
bukan pe.. da lama x post pape citer kat blog ni. 
so... hari ni aku nak cerita pengalaman aku masa gi sepang. 
Aku menonton 
F1 LIVE
d sepang ok...huu...
eh3... jgn la jeles.. x mo la jeles2.. (ish, berlagak. x baik giler) hahaha.


aku dpt tiket pun dari akak ipar aku. kredit d berikan kepada kak ieda!! 
sila berikan tepukan gemuruh kpd beliau kerana sudi taja tiket ke F1 untuk 2 orang. 
kak ieda, i love u!! 
aku gi sana ngan kawan aku. tiket untuk 3 hari, iaitu Jumaat, Sabtu n Ahad. Siap ngan tiket parking kereta sekali...
mmg terbaik la!!!
tapi, aku dapat gi sana ari ahad je..

nasib baik la cuaca time 2 mmg baik sgt2.. mmg x panas. redup je..
imagine, korang jalan2 kat sepang yg x berapa nak ada pokok 2, tanpa perlu guna payung. mmg best!!! suasana plak?? pergh.... meriah giler!!!



mula2 aku ingatkan tiket yg aku dpt ni standard tiket yang diri kat tepi bukit 2 je. 
tapi bila dpt tiket 2, eh.. ada number sit la... 
hah, mmg terbaik la.... stage berbumbung beb.. ngee~~~ 
even x la VVIP sgt.. tapi kira not bad la..
free la katakan... 
so, nie view dari sit yang aku duduk.


masa sampai 2 mmg excited giler.
tambah plak bila da dengar ngauman enjin 2 kan... 
mmg x sabar la nak tengok.
bila race nak mula 2.. beria2 kitorang fokus.


tapi lepas dah lebih sejam kitorang duk tengok kereta 2 pusing2 kat trek,
series aku ngantuk giler!! hahaha.
ye r, kereta 2 asik pusing2 je.. 
nak sembang ngan orang sebelah x bley, coz bising.
so, duduk je la kat situ diam2.. 


bila da habis je race 2, aku lah orang paling gembira sekali!!!
even aku x support team yg menang 2.
sbb aku da bosan duk kat situ.. hehehe
tapi overall... 
pengalaman gi tengok F1 kat sepang mmg best giler.
aku ngantuk pun maybe coz aku x cukup rehat.
tido kul 3, malam sebelum nak gi sepang..
padan muka aku. hahaha.
tapi..
kalau ada peluang g, mmg nak gi lagi!!! 
pada sape2 yang x penah gi sana, 
luangkan masa utk nikmatinya sendiri taun depan k...
proud 2 be Malaysian.
even negara kita x la besar mana, 
tapi still bley jayakan event yang gempak ni tiap taun!!!
cayalah!!!


wokey... nak study dulu... huuu...
choww!!
* x ada gambar muka aku kat sepang coz atas sebab2 yang x dpt dielakkan. hikhik 

Monday 18 April 2011

9 Mimpi Rasulullah SAW Mengenai Umat Baginda

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




* jom la kita sama2 tingkatkan amalan.. aku pun x la sehebat mana... tapi sekurang2nya, kita terus cuba utk perbaiki amalan kita agar 1 hari nanti, yg x biasa 2, akan jadi amalan harian kita. InsyaAllah.. 

Friday 15 April 2011

sosiOLoGy exHiBitioN iN FEA.....

Assalamualaikum wbt.....

pagi ni terasa nak mengarang plak... 
tambah2 plak semalam ada yg menegur, dah lama x de post baru katanya kat blog sweet lollypop ni... 
so... 
aku pun wat la entry baru... hehehe
mmg ada je benda nak citer, cuma masa je x bape nak ada... 
tapi hari ni mcm ada kelapangan sikit, so aku update la ye... 

hari ni aku nak story morry pasal sosiology exhibition kat fac ekonomi ary 2. 
exhibition ni di khaskan kepada student yang ambik subject sosiology sem ni. 
pertama kalinya diadakan. 
kami sebagai student yg amik subject sosiology d wajibkan mencipta service or product yang menyumbang kepada kesejahteraan society. 
tema task ini-------> mengkaji fenomena masyarakat mengikut perspektif sosiology dengan mencipta produk atau service yg inovatif... 
hah..... 
syarat utama, hasil yg kami wat mestilah x pernah ada sebelum ni n yg pertama seumpamanya d dunia.
dan kalau cipta produk 2, mesti ada kat depan mata dia bnda 2.
haih.... dgn masa 2 minggu d berikan,
mmg haru d watnya. 

dan.... 
setelah kami bertungkus lumus, 
inilah hasilnya..... 
jeng jeng jeng.... ngee~ ~ ~


 ha.... ni hasil kumpulan aku. nama produk kami, O-Belt. 
produk ni adalah tali pinggang yg siap ngan ukuran centimiter g. 
mksdnya d sini, spe yg pakai akan dpt tau scara automatik brapa ukur lilit pinggang masing2. 
ada tanda merah untuk pengguna llaki n perempuan yg mnandakan ukur lilit pinggang d tahap yg bahaya..
siries, aku sndiri x pnah try. takut nak terima hakikat... hehe
tp sgt best bila ramai yg nak try termasuk la lectrer kami sndiri. 
produk d jual dgn harga hanya RM20 sahaja...
kalau dah try n ada plak tanda merah 2...
ehem2... blaja2 la diet ye... ^_^

 ni plak hasil ciptaan produk kumpulan sebelah kami. aku ngan julia sebok tumpang amik gambar. hehe
diorang cipta ampaian yang alert ngan air hujan. 
kalau tengah menjemur kain, tetibe ujan,
ada bumbung automatik yang akan tutup ampaian ni.. 
so.. kalau gi class n tetibe ujan,
x yah la nak susahkan roomate utk angkatkan kain kat ampai.. hehe
produk d jual dgn harga RM2500.
wow.... mahainya cik kak... hehehe

 ha... group ni plak sediakan perkhidmatan kaunsling bagi mmbantu para wanita khususnya dlm aspek keselamatan.. 
diorang ada bagi bimbingan yg sgt2 berguna kpd golongan kaum hawa untuk melindungi diri dari ancaman jenayah. so.. lpas ni kami golongan hawa da x bpe nak gentar la untuk berada d kawasan public. 
kami da ada mcm2 ilmu tau... hehehe. 
really nice pameran diorang. colourfull.. i like!! hehehe

 ha.... group si zaki n d geng ni plak cipta alatan keselamatan kenderaan utk mengelakkan kecurian...
bnda ni ala2 besi "clamp" (betul ke aku eja ni.. hehe) yang slalu d gunakan oleh pak guard kat UM ni utk clamp kereta yg parking merata. 
kalau betul da ada jual... silap2 student beli bnda ni n clamp kereta pak guard plak. 
bia pak guard 2 menggelabah sikit.. hehehe

 group si lora ni plak sediakan service utk meningkatkan pengeluaran sumber makanan sihat.
diorang ada plan mcm mana nak tingkatkan agriculture n bantu negara2 yg kekurangan sumber mknan. 
perkhidmatan yg menguntungkan n mmbantu negara berpendapatan rendah juga. 
tapi... modalnya.. alamak... beribu2 lor..
mungkin 1 hari nanti.. spe tau.. 
*maaf gambar kurang memuaskan...

 hah!!! yg ni idea diorang cute giler!!! 
diorang mencadangkan wujudnya tadika bergerak.
bas yg merupakan tadika ini akan jalan keliling kawasan tertentu, n amik budak2 yang berpeleseran
yang mak ayah diorang x mampu nak sekolahkan anak2 mereka.
darpda duk main kat jalan x wat pe, 
baik diorang d kutip n diajar tiap hari kat dlm bas ni..
so.. sekurang2nya budak2 ni dpt menguasai 3M... 
mmg superb la korang!!! hehehe

 kalau group ni plak ada cipta 1 kad pintar namanya kad use n smile.
kad ni ala2 touch n go. 
tapi.. ada mcm2 fungsi. 
kad ni ada insurance, pinjaman pendidikan, touch n go, n macam2 lagi.
kira kad terpintar d abad ni r.
hmmm.... boleh ke?? kita tunggu beberapa taun akan dtg... 
katanya ada ramai yg berminat kat kad ni.. hehehe

 group sha, suha n tini plak wat service mengumpul barangan terpakai n produce jadi barang baru.
kiranya, wat inovatif pda product terbuang... 
mmg da ada kat pasaran.
tp yg mmbezakannya, hasil wang jualan akan d salurkan kpda yg kurang berkemampuan.
n... orang2 yg terpilih utk hasilkan produk ni adalah golongan kurang upaya n golongan miskin.
kiranya, nak bagi mereka peluang pekerjaan... bagus2... 

ni plak ciptaan helmet yang ada wiper. ha... kalau ujan, pandangan x la terganggu.
x sure dari group mana.
group ni gak ada cipta berus basuh baju siap ngan sabun skali. 
x dpt plak sumber gambar kat sini.
berus 2 akan keluarkan sabun skali.
so, senagla nak basuh kain... 
hmm... bley bli 2...  hehehe

kesimpulannya....
assignment ni mmg best!!!
jujur... kami sgt2 x suke assignment ni pd awalnya coz rasa bnda ni sgt2 menyusahkan.
dgn d beri hanya masa 2 minggu, mmg agak stress.
tapi lpas wat bnda ni, kepuasan yg d rasa bley d katakan "priceless"!!!
bila lagi kami2 ahli ekonomi nak mencipta ala2 budak engineer kan...
1 pengalaman yg berharga sgt2..
thanks utk Dr Suria coz bagi kami pluang ni..
we enjoy it so much!!!  ^_^