Followers

Showing posts with label TinTa MeNuju reDha-Nya.... Show all posts
Showing posts with label TinTa MeNuju reDha-Nya.... Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

anda ISLAM??? anda patut BACA!!!

assalamualaikum dan salam ramadhan...

indahnya bulan ramadhan jika d serikan dgn amal yg berganda
dan keinsafan yg menggunung.
tp sedihnya bila kesucian bulan mulia ini
dicemari dgn kisah menggemparkan
berkaitan ramainya bilangan umat Islam yg telah murtad
dek akibat kesempitan hidup duniawi.

kebanyakan kisah2 yg aku baca kat paper
semua menjadikan alasan kemiskinan sbgai penyebab mereka murtad.
tambah menyedihkan
bila pihak Kristian mengambil kesempatan
dek kelalaian kita dalam mmbantu sesama saudara seagama
mengakibatkan ramai dari kalangan kita yg terpesong akidahnya.

terserlah beberapa iktibar melalui peristiwa ini iaitu

pertama, pentingnya pembayaran zakat.
Allah mewajibkan kita bayar zakat
supaya wang 2 dpt d salurkan kpd yg memerlukan
utk elakkan umat Islam terpesong akidahnya
akibat masalah kemiskinan.

kedua,
umat Islam perlu sedar
yg Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya...
oleh itu, jgn la kerana ujian yg Allah berikan
dgn mudahnya kita menukar akidah kita kpd agama lain..
kemiskinan di dunia adalah besifat sementara.
jgn jadikan alasan utk kita murtad gara2 dibelenggu kemiskinan..

oleh itu,
tunaikan lah zakat
kerana sesungguhnya kita dpt membantu dlm memperjuangkan agama Islam.
di samping itu,
kukuhkan lah akidah kerana sesungguhnya akidah yg kukuh
menjadi benteng daripada berlakunya murtad.

lagi 1,
wahai cik akk, cik abg oii,,,,
ada plak yg sebok2 nak berbuka kat gereja 2 apa pasal...
kot ye pun nak jimat,
gi kat masjid la,,
berlambak makanan free kat sana.
boleh dpt pahala plak 2 buka kat masjid.
x yah la ngengada nak mkn kat tmpat2 yg ntah halal ntah x.
adoiiii... masalah!!!

aku terpanggil utk berkongsi kata2 seorang ustaz d dlm ceramahnya.
bulan ramadhan umpama sebuah madrasah
di mana kita adalah pelajarnya
yg sedang dlm pengajian selama sebulan.
usai sebulan,
kita meupakan graduan2 madrasah ramadhan
yg penuh ilmu d dada
di mana segala ilmu yg d pelajari
(melalui ibadah2 mengaji, solat sunat, dan sbgainya)
dapat diamalkan sepanjang tahun...

renung2kan lah.....


Saturday, 11 June 2011

inDahNya sEmua iTu...

assalamualaikum wbt....

thanks a lot sbb sudi singgah sini jap k...
its means a lot 4 me.. 
hope u guys sihat2 hendaknya ye....

err...
korang penah rasa x d timpa musibah yg sgt2 berat??
kadang2 rasa mcm x tertampung...
rasa terbeban sangat2....

mesti ada kan???
hmmm... aku pun x pernah terlepas dari semua dugaan hidup ni..
kadang2, kita rasa mcm putus asa sgt2...
rasa mcm da terjatuh, dan x mampu nak bangun lagi.
seakan2 x ada kekuatan nak teruskan hidup,
walaupun hakikatnya, masih panjang laluan yang perlu d rentasi.

dlm keadaan macam ni,
biasanya aku memilih untuk menangis.
menangis semahu dan sepuasnya
sbb pada aku, menangis merupakan terapi yg baik utk aku.
dan aku rasa, kalau korang rasa tertekan,
x perlu segan2 utk menangis, 
sbb sekurang2nya rasa beban yang ada 2 terasa berkurangan sikit.
(bergantung pd setiap individu)

tp menangis mmg x kan selesaikan apa2 masalah pun, 
sekadar memberi kelegaan wat sementara.
yg paling penting, kita kena redha pada apa yg dah jadi.
dan terima segala musibah sebagai suatu ujian dari Allah....

dan...
suatu hal yang korang perlu tau...
setiap sesuatu yg jadi 2 pasti ada hikmahnya.
percayalah,
sbb setiap kali aku d timpa musibah yg terasa berat utk aku hadapi,
aku x pernah lupa utk ingatkan diri aku sendiri
yang semua kejadian itu pasti ada hikmahnya
dan aku x pernah berhenti utk menantikan hikmah d sebalik semua ini
dan ternyata, 
aku x pernah kecewa bila menikmati hikmah yg dtg...
ianya sgt indah...
lebih indah drpd yg pernah aku bayangkan..
dan tiap kali itu juga pasti akan terdetik kat hati aku,
yg Allah itu telah takdirkan jalan yg lebih baik dlm hidup aku
dgn caraNya yang tersendiri
yg hambaNya x pernah tahu....



jumaat lepas aku sempat menonton program Imam Muda.
dan tugasan mereka kali ni 
adalah mmberi motivasi kpd gol. yg d hukum gantung sampai mati.
bayangkan jika anda berada dlm situasi si pesalah,
mesti rasa hidup dah x bermakna kan???
yg ada dlm benak mereka cuma satu...
mereka cuma mahukan kebebasan
kebebasan yg mereka x miliki
tapi kita ada!!!
ya!! ANDA ada!!!


jadi, 
bersyukurlah...
kerana d sebalik keperitan masalah hidup yang korang hadapi,
masih ada org lain yg hidupnya lebih teruk dari yg pernah korang bayangkan.

oleh itu...
pandang ke hadapan,
dan teruskan melangkah.
sebab korang x kan pernah tahu 
keindahan apa yg ada d depan sana
kalau korang x teruskan berjalan.
p/s : jgn lupa utk senyum, kerana senyuman anda mungkin menjadi penawar kepada insan lain...

Monday, 18 April 2011

9 Mimpi Rasulullah SAW Mengenai Umat Baginda

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




* jom la kita sama2 tingkatkan amalan.. aku pun x la sehebat mana... tapi sekurang2nya, kita terus cuba utk perbaiki amalan kita agar 1 hari nanti, yg x biasa 2, akan jadi amalan harian kita. InsyaAllah..