Followers

Friday 17 February 2012

meReNunG mAsA dEpaN...

assalamualaikum....

hello and haiiii....
hmm.. 
pejam celik, pejam then celik lagi,
dah abis rupenya cuti aku.
dah kat UM pun...
kejap je masa berlalu..

entry ni aku taip lepas aku balik dari jogging.
huuiihh!!!
penatnya... bukan kepalang!!
(padahal 30 minit je)
ngeee..

ok,
ari ni aku nak cite something.
ni jadi masa cuti sem aku yg baru ni la.
al kisah...
aku duk la termenung kat kedai 
sbb x de org datang time 2..

aku duk la merati apa yg ada kat sekeliling aku..
kat umah aku yg dari kedai tu dah bley nampak..
memikirkan semua yg aku ada..
dan...
aku terfikir sesuatu..

korang pernah terfikir x?
mcm mna mak ayah korang bley ada semua yg diorang ada sekarang?
sebagai contoh la ae,
mak ayah aku bukan berpelajaran tinggi pun..
setakat sekolah menengah je..
STPM, diploma mmg x de 
ijazah and master mmg jauh sekali la kan..

tapi..
diorang boleh besarkan kami 6 beradik..
bagi pendidikan yang secukupnya pada kami..
sediakan segala apa yg kami perlukan..

mmg la kami ni bukan la kaya pun..
tapi kalau lengkap apa yang perlu,
cukup makan pakai,
ada umah sendiri, kereta, aset,
pada aku itu dah lebih dari cukup.



bila memikirkan kehidupan yg bakal aku lalui untuk masa yg akan datang,
aku sendiri x yakin,
mampu ke aku untuk dapatkan semua ni..
segulung ijazah x betul2 menjanjikan masa depan yg gemilang..
maklum la,
setakat ijazah,
beribu orang ada ijazah
dah bersepah2.

rumah da mahal..
kos sara hidup da tinggi.
kereta jgn ckp la, mmg naik sentiasa,
kalau gaji ciput,
ahai...
seksa la makcik oii...

sebagai org yg bakal melangkah kaki ke alam pekerjaan yang super mencabar ni,
jujur aku cakap,
aku takut sangat2..
tapi bak kata pepatah,
rezeki ada di mana2..
alangkan mak ayah aku yg x de kelulusan boleh,
insya Allah, aku pun boleh gak.
harap2 nya aku mampu harungi masa depan dengan baik
dan dipermudahkan Allah..

bagi korang yang dah berada di alam pekerjaan,
cari la rezeki yg halal
dan berjimatlah utk masa depan ye..
bukan pe..
malang x berbau
kalau dah menyimpan, 
ada musibah melanda,
x la kita merana sangat..
betul x?? 
ngee..
renung2 kan....

1 comment: